bro Hilal,kalau cinta itu mesti mahu 'bersama' hngga ke syurga,tp tidak bsama dgn org yg kita cinta bgaimana??bgaimana kita mahu mngekprestasikan cinta itu kpd org yg kita cinta tp xdpt mmilikinya??kita cinta dye...atau mksud definasi cinta itu adalah hnya utk cinta yg berbalas?????^^
HILAL jawab,
Kalau kena tolak, buatlah cara kena tolak. ^^
Janganlah kacau hidup dia lagi. Biarkan dia bahagia. Kalau benar kita cintakan dia, kita mahu dia bahagia. Kita pula, muhasabah balik diri, bina kembali peribadi, lihat balik matlamat hidup yang sebenar, dan bina kehidupan semula. Cari orang lain yang sesuai. Akhirnya, kalau kita sama-sama usaha ke syurga, bukankah di syurga kita tetap bersama? Itulah dia cinta. Kalau benar cinta, mesti mahu bersamanya ke syurga. Maka, ada kalanya, berhenti 'mengejar'nya juga satu bentuk cinta. ^^
bro hilal senang la ckp sbb bro dibalas pinangan...org yg x dibalas ni??? mcm mana pula??
HILAL jawab,
Sudah jawab. Dan actually, pinangan ana tidak semudah itu 'diterima'. Ana kena reject dulu oleh tunang ana, then 3 bulan lepas kena reject, baru diterima semula. So, ana faham apa rasanya kena reject, pinangan ditolak dan apakah erti cinta kita kepada orang kita cinta apabila pinangan kita ditolak. ^^
sungguh Allah tahu yang terbaik utk kita,jika dia bukan jodoh kita,mksudnya Allah dah sediakan yg terbaik utk kita..yakinlah dgn kalam Allah
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
c/p tazkirah tuk diri sendiri nieyh~
Ayuh ! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah
segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika,
dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki
yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.
“A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.”
>>> sekian ....


.jpg)
No comments:
Post a Comment