Pages

18 December 2008

Adab Bergurau Senda..

BATASAN BERGURAU SENDA


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !”

Riwayat Abu Daud

i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.

ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.

iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:

a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah
Rasulullah s.a..w .

b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain
dengan menyebut kekurangannya.

c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat
hendak merendah-rendahkannya.

d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
f ) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu
seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.

g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-
bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.


-----------------------------------------------------------------------------------------------

ooo...cm tue ke??..insyaAllah..klau aku buat lawak..aku buat sensorang..ye la..takut da org terasa..almaklumlah..ati org mana la kita tahu..kkdg tue..ingatkn nk melawak..tengok2 org tue merajuk sampai sebulan..salah kita gak..mana la kita tau..lain kali gitau ar..lwk smpai mna yg dia leh tahan rasa ati..hehehe..merepek la plak..ish2..benda cm nie na leh memain..ye la..x baik menyakiti ati org lain..terutamanya org tua..org muda okey lgie kot..lol~papepun ambil ikhtibar..tapi..kpd sesiapa yg rasa dia melawak bgie aku terasa tue..mmg aku x kisah..sbb aku tetap aku..ye la..papepun lawak korang tue buat aku tersenyum smpai skrg..ehh ye ke??pape je la..emm..kpd sstgh org yg buat aku x suka ngn lawak dia tue..mmg aku marah sgt.
klau lawak aku yg buat ati hmpa semua sakit..sorry tau..lol~
papepun idup mesti diteruskn..maafkn je la..kesalahn org tue..lol~


No comments: